Friday, January 27, 2017

Creampuff

Image result for creampuff

Bahan-bahan :
p/s: untuk memudahkan, buat filling dulu baru buat puffnya

Filling Kastard (cream)
2 sudu besar tepung gandum*
2 sudu besar tepung jagung*
8 sudu besar gula*
2 cup susu segar (480ml)
2 biji telur 
1 sudu teh esen vanila
2 sudu besar mentega
secubit pewarna kuning

 Puff (untuk 35 biji)
125 gm self raising flour/tepung gandum
2 sudu teh baking powder
100 gm butter
250 ml air 
1 sudu teh gula 
1 sudu teh esen vanila
3 atau 4 biji telur 


Cara-cara:

Filling
1. Masukkan bahan bertanda * ke dalam mangkuk
2. Masukkan 5 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul.
3. Masukkan telur dan kacau lagi.
4. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
5. Masukkan semua bahan tadi ke dalam periuk. Masak menggunakan api sederhana dan kacau supaya ia tidak berkerak dan hangus
6. Masak sehingga ia pekat berkilat dan padam api.
7. Masukkan mentega. Kacau
8. Sejukkan filling sebelum dimasukkan ke dalam piping bag.

Puff
1. Panaskan air, gula dan butter dalam periuk sampai mendidih. Masukkan tepung, kacau hingga adunan tak melekat pada periuk.Masak adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api. Sejukkan
2. Pukul semua telur dalam bekas lain terlebih dahulu. Saya guna pemukul tangan. Adunan tepung tadi pula letak dalam bekas lain, kemudian masukkan sedikit demi sedikit telur ke dalam adunan tepung, mix hingga sebati.
3. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang
4. Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik.Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan, lebih kurang 25-30 minit. Oven hendaklah dipanaskan dulu, bakar dalam suhu 200 darjah celcius api atas bawah. kedudukan dulang biarlah ditengah-tengah supaya permukaan dan bawah cream puff sekata masaknya dan suhu yang panas membantu puff naik dengan sempurna. 
5. Pastikan puff telah benar-benar masak sebelum dikeluarkan dari oven.Ia kelihatan ringan,bahagian bawahnya tidak melekat di dulang dan telah berwarna kuning kecoklatan sedikit. Jika dikeluarkan sebelum cukup masak, puff akan turun dan tidak berongga di dalamnya. Jangan bukak oven sebelum tamat tempoh ya, kalau tak memang puff turun.
6. Gunting sedikit bahagian tepi puff dan pipe kan filling





credit to :owner

No comments:

Post a Comment

crossword